Monday, February 19, 2007

Cerita Kelakar Bahagian 13

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?

Cikgu : Ya, saya.

Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

Cikgu : Ok…ok…, er…boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?

Salmah : Emak saya…

************************************************************************************

Satu hari sedang sepasang lalat makan tahi. Tiba-tiba si isteri lalat bersuara "Bang, nape kite hari2 makan tahi?"

Si suami pun menjawab …” Isshh.. jangan cakap bende2 kotor mase makan..tak baik”

************************************************************************************

Ahmad.. seorang pelancong dari timur tengah… sedang jalan-jalan di sekitar ibukota. Dalam poketnya hanya tinggal wang satu dolar sahaja… dan ketika malam tiba, dia cuba mencari tempat penginapan… kerana wang yang tinggal amat sedikit.. dia mencari rumah tumpangan yang murah.. apabila berjumpa.. Dia bertanya kepada pemilik rumah tumpangan tersebut.. berapa kadar menginap satu malam.

Pemilik rumah tumpangan menjelaskan… “Encik.. untuk bilik di di tingkat bawah.. kadarnya RM 60 satu malam.. kalau di tingkat dua.. RM 50 Semalam dan kalau di tingkat tiga.. kadarnya RM 40 semalam.. sekarang encik pilih lah di tingkat berapa yang encik mahu…” Tidak lama selepas itu.. pelancong itu hanya mengelengkan kepala dan meninggalkan rumah tumpangan tersebut tanpa berkata apapun.

Lalu pemilik rumah tumpangan itu cuba bertanya sambil menjerit ke arah pelancong yang semakin jauh itu.. “Encik.. kenapa tidak jadi menginap?” Sambil mengangkat bahu… pelancong yang kekurangan wang itu menjawab… “Rumah tumpangan anda masih kurang tinggi”

No comments: