Friday, February 09, 2007

Cerita Kelakar Bahagian 11

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas “Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?). Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas. Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu, “kenapa awak diam tadi? kesian dia…” Pemandu itu pun menjawab: “Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk……..”(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak)….

************************************************************************************

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!” Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: “52 kg!”

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!”

************************************************************************************

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : “Bang, berapa harga mangga sekilo?”
Peniaga : “RM7!”
Pembeli : “Amboi, mahal sangat… RM5 sudah la!?”
Peniaga : “Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu.. lagi pun mangga ni manis-manis!”
Pembeli : “Kalau tak manis, macam mana bang?”
Peniaga : “Kalau tak manis, tak payah bayar!”
Pembeli : “Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!”
Peniaga : “#$%@%&%????…

No comments: