Wednesday, September 06, 2006

Jokes translated to Malay version Part 2

Alkisah..... Seorang lelaki melayu ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu beruang. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi. "Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah .. makbulkan hajat ku ini ... jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn .." Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin!" Beriman betul beruang tu...nak makan lelaki tu pun baca doa makan dulu...ehehe..... Moral of the story: Berhati2 bila berdoa, mana tahu, doa tu akan mendatangkan keburukan pada kita walaupun asalnya niat tu baik!!!!

***********************************************************************************

Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen CIA. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka dikehendaki membunuh isteri masing2. Pegawai itu memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya. Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri. Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya... Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh... Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Akbar menjawab "Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.."

2 comments:

Anonymous said...

bagus la blog demo ni, bila bosan kawe buka baca jokes

Ahmed Razman said...

hehe..blog kawe ni "5 minutes break" blog....malas nak tulis panjang2....