Ada 4 orang sahabat. Mereka duduk satu rumah dan belajar di pusat pengajian tinggi yang sama. Nak dijadikan cerita, mereka ni unaware hari khamis itu satu test, kira last minutelah baru tahu (biasa lah, student ni kadang-kadang, ponteng, lepas itu tak nak tanya2 kawan-kawan). So, mereka berfikirlah, macam mana nak elakkan daripada mengambil ujian pada hari tu, nak kelentong professor lah ni.
Ada seorang tu, cadangkan rumah terbakarlah, tapi ada yang bantah. Macam tak logik sangat, banyak laks soal jawab nanti dengan professor. Last2, dapat idea yang mereka fikir sangat bagus. Salah seorang itu telefon lah si professor tu. Cakap sebiji tayar kereta mereka pecah, sekarang mereka kat highway, tak sempat nak sampai on time (kira jauh lah ni). Professor pun setujulah menangguhkan ujian ke hari Isnin depan. Lega. Mereka fikir, sempat lah nak study kejap.
Hari Isnin pun sampai. Ujian tu professor buat kat bilik dia. Yer la, 4 orang saja. Senang nak monitor kalau2 ada lah yang nak meniru2 ke, bincang jawapan ke. Ujian pun bermula. Ada 2 soalan saja. Soalan pertama, 1 markah. wah, sikit saja.Professor tanya apa nama subjek ujian yang mereka tengah ambil ni. OK. senang lah kan. Soalan 2, 99 markah. Ha, ambik kau. terkejut. Cuba teka apa soalan yang professor itu bagi ?
Soalan ke 2 : tayar kereta mana yang pecah? Macam mana nak jawab? Jawapan tak boleh bincang. Kalau seorang jawab depan kiri, seorang jawab depan kanan, yerlah, ada 4 kemungkinan kan, professor boleh detectlah mereka menipu...... hehehe, tu lah, lain kali jangan tipu professor
*received in e-mail, thanks bong!
PAIN
1 year ago
No comments:
Post a Comment