Tuesday, February 13, 2007

Cerita Kelakar Bahagian 12

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti. Kata professor “Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa”. Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata, “Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya.” “Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan” balas orang itu.

************************************************************************************

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak… Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri….

Perompak : “Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!”

Isteri : “Na… nama sa… saya… Aisyah”

Perompak : “Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu,”

lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,

Perompak : “Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.”

Suami : “Namaku Irwan.. tapi…. semua orang memanggilku Aisyah….”

************************************************************************************

Ada seorg warga emas menaiki bas untuk pulang ke rumahnya setelah seharian bersiar2… Jarak di antara rumahnya dgn bus stand memakan masa lebih kurang 45 minit. Setelah 10 minit di dalam bas, pakcik tersebut menekan loceng & tak lama selepas tu bas pun berhenti.. apabila melihat tiada penumpang yg turun maka pemandu pun meneruskan perjalanan… Pak cik tersebut menekan loceng bas berulang kali menyebabkan bas berhenti banyak kali tetapi tiada penumpang yg turun.

Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan pemandu bas..lantas pemandu tersebut memberhentikan bas dan bertanya dgn nada yg marah.. “Siapa yg suka2 tekan loceng bas nie..hah!!!” Apabila mendengar pertanyaan pemandu tadi..pakcik tersebut pun bangun & mengangkat tangan menandakan dia yg melakukan perkara tersebut..

Pemandu : Kenapa pakcik menekan loceng..bila bas berhenti kenapa pakcik tak turun??

Pakcik : Saya menekan loceng bukan nak turun tapi saya nak memastikan brake bas terletak di mana, sekarang baru saya tau brake bas terletak di loceng sbb bila saya tekan jer loceng..bas mesti berhenti..!!!

No comments: