Monday, February 05, 2007

Cerita Kelakar Bahagian 10

Ketika memeriksa seorang pesakit, Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.

Suri rumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!

Doktor: Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.

Suri rumah: Tapiiiii….saya dah beri anak saya makan racun serangga agar semut tu mati.

Doktor: Apa????? Cepat bawa dia ke hospital!


************************************************************************************


Herman : “Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kursus bahasa jepon.. kenapa?”

Jamri : “Kami baru sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia sebulan itu dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami… Jadi kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap dalam bahasa Jepun dengan kami”

************************************************************************************


Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri. Dia bertanya, “Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri”. Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.

Profesor berkata: “Oooh….Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?”

Pelajar: Bukan….sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!

No comments: