Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan.
Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali.
Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut… pemandu keretapi terus bertanya “Ada apa Puan?” Dengan selamber wanita itu menjawab…”…yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje…”
*******************************************************************************************************************
Suatu hari seorang orang kampung yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc’Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper…maklumlah orang kampung..sedang dia berfikir datang seorang lelaki lingkungan 30′an ditepinya…Ahmad namanya…orang kampung itu pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..
Ahmad :Bagi Big Mac satu..
Orang kampung: bagi Big Mac satu…
Ahmad: Air…Bagi air coke yer…
Orang kampung: Air…Bagi air coke yer…
Ahmad pon menjeling pada orang kampung tersebut..namun orang kampung tersebut buat tak tahu ajer…
Ahmad: ooo yer cik..bagi x-tray satu yer…( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Orang kampung : ooo yer cik…bagi x-tray satu yer…
Ahmad mula meradang lalu memarahi orang kampung tersebut…
Ahmad : hoi…yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah…takder otak ker?
Nak tahu aper orang kampung tu jawab?lebih kurang begini:
Orang kampung: aper…ingat kau sorang jer ker makan x-tray?
Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggelengkan kepala dan terus berlalu dari situ….
PAIN
1 year ago
No comments:
Post a Comment