Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut. Lalu suaminya mengeluarkan wang RM5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin. "Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin... "Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!"
Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan melihat ada satay kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya, "Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?" Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik. Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin.. "Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin... "Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satay ini !"
Morale of the story: (1) Jangan kedekut ngan bini, nanti Tuhan pendekkan rezeki. (2) Jangan kedekut ngan bini, nanti penjual satay dapat rezeki. (3) Bila kedekut ngan bini, rezeki depan mata, tapi terpaksa telan air liur jer!!
********************************************************************************
Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.
Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam....apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka.
Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata," Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.
Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".
PAIN
1 year ago
No comments:
Post a Comment