Pada suatu malam Taufik memandu sendirian dari Batu Pahat untuk ke Melaka. Tiba di Semerah seorang lelaki tua menahan keretanya. Simpati dengan nasib orang tua itu, Taufik memberhentikan kereta dan mempelawanya naik. "Anak nak pergi mana?" Tanya orang tua itu. "Melaka," Kata Taufik "Turunkan pakcik di Muar sudahlah." Taufik angguk dan terus memandu. "Anak nak kaya tak?" Tiba-tiba lelaki tua itu bersuara lagi. Taufik mula rasa tidak sedap hati. Dia mengesyaki orang tua itu cuba memberi nombor untuk ditikam, sedangkan Taufik bukanlah kaki ekor. "Tak apalah Pakcik. Hidup ni tak perlu kaya sangat, apa yang ada cukuplah,"Kata Taufik "Betul anak tak mau kaya?, Pakcik nak bagi ni!" "Tak apa,pakcik. Terima kasih." Akhirnya mereka sampai di Muar. Apabila kereta berhenti, orang tua itu bersiap-siap untuk turun dan mengambil begnya. "Pakcik ada tujuh tin SRI KAYA ni. Tapi kalau anak tak nak juga, tak apalah," Katanya. Taufik hanya terkebil-kebil melihat orang tua itu turun dari keretanya.....
Moral of the story: kalau orang nak bagi tu ambik ajer laaahhhhh.....
********************************************************************
Pada satu hari Timah dan bapanya datang ke KL dan pergi ke shopping mall....Anak beranak nih baru first time datang KL, sebelum nih asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Timah terpandang lif lalu diapun tanyalah bapak dia...." Pak, itu amenda pak?" Bapak dia jawab," entah lah nak....bapak pun baru ini nampak menatang tuh...." Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok2, tergigil2 pergi kedinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!! keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN... lantas berkatalah bapak si Timah kepada Timah...... "NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!!"
********************************************************************
PAIN
1 year ago
No comments:
Post a Comment