Pada suatu hari, ada seorang pemuda sedang mengecat bangunan tinggi. Pada ketika itu dia sedang mengecat bahagian luar bangunan ditingkat 18. Biasanya dia berdiri atas dua keping papan jer...
"Tiba-tiba ada sorang kawan menjerit dari dalam bangunan "Sin, anak ko cedera parah kena langgar kereta".
Pemuda yang tengah mengecat ni terkejut beruk mendengar anaknya kena langgar kereta. Sebagai bapa yang sangat menyayangi anak, dia jadi panik. Apa lagi dia pun terus melompat turun dari papan tu. Malangnya dia melompat bukan ke dalam bangunan tapi ke arah luar bangunan...
Apa lagi, terus jatuh ke bawah ler... Jatuh dari tingkat 18! ...mau tak berkecai tubuh badannya! Pemuda tu terkejut besar kerana tersalah lompat, tapi dah tak boleh buat apa-apa pun! Dia cuma ada sikit masa lagi untuk bertaubat... "Ya Allah ampunkan aku!! Kerana apabila badannya sampai ke bawah, pasti akan hancur berkecai...
Terlalu sedih dia ketika itu... Dahlah tak dapat jumpa anak tersayang... dia sendiri pun akan mati. Pasti bertambah sedih bininya nanti. Tiba-tiba waktu badannya tengah laju menjunam ke bawah, baru dia teringat yang dia belum ada anak lagi... Bila dah sampai tingkat 10, teringat lagi satu perkara, yang dia belum kawin lagi... Dan apa bila dah nak sampai ke tanah, baru dia teringat yang nama dia pun bukannya Sin atau Husin, tapi Halim.
Maka matilah si Halim hanya kerana terkejut pasal anak orang lain kena langgar...
PAIN
1 year ago
No comments:
Post a Comment