Thursday, November 23, 2006

Jokes translated to Malay version Part 6

3 ekor vampire (langsuyar) tinggal di belantara jauh dari kampung manusia. Terasa sangat lapar hendak hisap darah. Vampire pertama pun berkata..."aku boleh terbang laju dan hisap darah manusia sekejap aje". Dia terus terbang pergi dan sejam kemudian dia pulang dengan mulut berlumuran darah. Vampire kedua pulak menyahut cabaran dan terus terbang. 30 minit kemudian dia pulak pulang dengan mulut dan bajunya berlumuran darah..muka kelihatan puas kenyang! Vampire ketiga tak mahu kalah, pun berkata "...ek eleh, aku boleh buat lebih baik lagi.....aku boleh!". Dia terus terbang pergi.Terperanjat kekawannya bila Vampire-3 pulang kurang dari seminit dengan mulut dan bajunya berlumuran darah! Vampire satu dan dua pun memuji..."woow lajunya kau terbang dan hisap darah". Vampire-3 menggaru kepala sambil menjawab ".....aku terbang terlanggar pokok tadi...."

*********************************************************************************

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya...beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am..08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka....Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut.... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...

No comments: